Membina Senarai Nama Di Internet Untuk MLM Anda
Membina Senarai Nama Di Internet Untuk MLM Anda
oleh Zamri Nanyan
Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.
Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.
Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan.
Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?
Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet - lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri.
Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah tinggi tetapi perlu juga diingatkan bahawa ada banyak pengusaha bisnes di Internet menggunakan cara yang tidak beretika semasa mencari prospek.
Sebagai contoh, mengaut nama dan email orang yang entah dari mana-mana dengan menggunakan sebuah perisian dan mengahantar email kepada mereka. Inilah yang dinamakan spam dan silap haribulan, bisnes anda akan diberhentikan oleh syarikat MLM anda kerana terlalu banyak komplen yang menyatakan anda melakukan pemasaran email tidak beretika.
Bagaimanapun, di sini saya ada jawapan kepada pemasaran email yang terbukti efektif dan semestinya beretika.
Peralatan pertama dan juga merupakan senjata maut anda di dalam membuat senarai nama dan juga pemasaran MLM anda di Internet ialah AUTORESPONDER.
Tetapi bukan sekadar autoresponder biasa tetapi autoresponder yang membolehkan anda mengumpul nama dan email prospek, menghantar beberapa email kepada prospek anda secara automatik dan juga membenarkan anda menghantar email pada bila-bila masa kepada semua prospek anda sekali gus.
Dengan menggunakan autoresponder, semua pengendalian penghantaran
email dan promosi MLM anda akan menjadi lebih teratur dan ada kalanya
promosi anda berjalan secara autopilot tanpa memerlukan anda
menghubungi prospek anda secara manual. Jadi, tak mustahil sekiranya
jika anda menggunakan autoresponder yang baik, anda dapat mendaftar
ahli baru ke dalam MLM anda walaupun anda sedang tidur nyenyak di
siang hari.
Ada kalanya syarikat MLM anda menyediakan perkhidmatan autoresponder kepada anda (sekiranya MLM anda menggunakan Internet) dan apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan laman web yang membolehkan prospek anda meninggalakan nama dan email mereka untuk dihubungi oleh syarikat MLM anda bagi pihak anda.
Di sini sekiranya anda tidak berminat untuk membina sistem mengumpul senarai nama anda sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat MLM anda.
Apa yang perlu anda buat adalah cuma mempromosikan laman web yang berfungsi untuk mengumpul nama dan email prospek anda dan lakukan promosi tersebut secara besar-besaran.
Sekiranya anda seperti saya, anda mungkin ingin membina laman web untuk memulakan senarai nama anda sendiri dan anda bolehlah melanggan perkhidmatan autoresponder di laman web berikut:
Tanya kepada saya sekali lagi apakah senjata maut di dalam online MLM? dan saya akan berikan jawapan autoresponder pada bila-bila masa.
Mengenai Penulis
============================================================
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak
tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan
fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana
pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat
membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan
melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com
dan http://www.RahsiaMLM.com
untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
============================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel
ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi
kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas
tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link RahsiaMLM
kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada
artikel ini.